Terkini

WWW.KEDAIHASANAH.COM

HASANAH MUSLIM SHOP




NO 48,JLN ENAU 15,
TAMAN TERATAI,
SKUDAI JOHOR BAHRU
JOHOR




BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Alhamdulillah, dengan rahmat dan nikmat dariNYA, setelah 6 bulan beroperasi pada 01.01.12 Hasanah Muslim Shop semakin berkembang dengan rangkaian rakan niaga yang bersaing secara sihat dan saling membantu antara satu sama lain. Begitu juga tidak dilupa atas sokongon SAHABAT HASANAH (pelanggan HMS) yang bersama kami di sepanjang perjuangan di peringkat awal ini. Adanya kalian memberi kekuatan dan semangat untuk HMS menghadapi liku-liku keusahawanan dan terus mara memberi khidmat dan mencari produk yang terbaik untuk semua. [JAN 2012]


***********************************


Hasanah Muslim Shop KINI DIBUKA! 
1 Jun 2011 (Rabu) bersamaan 28 Jamadilakhir 1432.

Selamat datang ke Hasanah Muslim Shop! - En Mohammed, Pengurus Kedai

Kunjungi kami di alamat:
HASANAH MUSLIM SHOP
No. 48, Tingkat Bawah,
Jalan Enau 15,Taman Teratai,
81110 Kangkar Pulai, Johor

Facebook: Hasanah Muslim Shop (Page)

Alhamdulillah Hasanah Muslim Shop telah mula beroperasi lebih awal dari tarikh rasmi yang dirancang Jun 2011. Sepanjang tempoh percubaan, HMS mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua kaum dan menerima maklumbalas positif - memudahkan pengguna Muslim, konsep yang menarik, susunatur yang baik. Terima kasih di atas sokongan yang diberikan.

Pelanggan telah berkunjung sejak dibuka seminggu lepas.

Sebagai alternatif kepada kedai runcit sedia ada, HMS menyediakan pelbagai produk runcit dan herba (makanan kesihatan) disediakan yang menepati ciri bersih(halal), berkhasiat dan berkualiti.

Moto HMS -Produk Muslim untuk Semua, Muslim Products for All

Produk runcit, makanan herba kesihatan dan penjagaan diri.












Produk penjagaan kulit

Antara barang runcit Muslim, sudah banyak tau!

Produk sejuk beku berasaskan organik turut dijual bagi memenuhi tuntutan kesuntukan masa di kalangan ibu bapa bekerja dan dalam masa yang sama mengambil berat pemakanan keluarga.


Organik - Ayam Kampung & Daging

Segala jenis bebola: daging, ikan, ketam dan udang.









Ada getuk, donut, pai, karipap raja...rakyat jelata pun dah boleh makan.

Busana Hasanah
HMS menyediakan t-shirt panjang bagi muslimah beriadah namun menjaga syariat dan kekal sopan. Kami merupakan pengedar t-shirt muslimah Sumayya yang mempunyai rekabentuk terpilih dan berkualiti.




Husna - Telekung Solat Kanak-kanak adalah usaha HMS bagi menarik minat memupuk semangat dan menggalakkan di kalangan anak-anak kecil bersolat. HMS menyediakan Telekung Solat Husna dengan rekabentuk menggunakan kain kapas Jepun (Japanese Cotton) yang berkualiti.

HMS mengalu-alukan kedatangan tuan puan, saudara saudari yang ingin mencari pelbagai produk runcit dan makanan herba kesihatan keluaran Muslim.


Hasanah Muslim Shop
Taman Teratai, Johor
017-885 885 1

Mohammed & Rashidah