Showing posts with label *HMS Info. Show all posts
Showing posts with label *HMS Info. Show all posts

Tuesday, 10 January 2012

Diari Hasanah

HMS sentiasa peka dan berusaha mengikuti perkembangan produk-produk Muslim tempatan. Tinjauan dan lawatan dilakukan ke beberapa expo, karnival, rakan/rangkaian niaga(RAKAN HASANAH) . Diari ini juga sebagai rujukan bagi aktiviti HMS pada masa akan datang.
  1. Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism (MAHA 2010), Mac 2011
  2. Halal Fiesta Malaysia 2011 (HALFEST'11-Pertama), PWTC
  3. Lawatan silaturahim ke SAHABAT ROSSELLE MARKETING - Mentor HMS, Johor [Tarikh lawatan: Berkala].
  4. Lawatan silaturahim ke AZ-ZAIN Shah Alam - Mentor HMS  [Tarikh lawatan: April 2011].
  5. Lawatan silaturahim ke HALAL SOUQ, Kluang  [Tarikh lawatan: Oktober 2011].
  6. Lawatan silaturahim ke iE-MART, Taman Universiti  [Tarikh lawatan: Oktober 2011].
  7. Ekspo Agro & Makanan Johor 2011 sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Johor 2011 di Kompleks Projek Pertanian Moden Kluang, Johor, 25-29 November 2011. [Tarikh lawatan: 27 November 2011]
  8. Karnival Kepenggunaan dan Transformasi Halal Johor 2011 yang akan berlangsung selama tiga hari di Dataran Tanjung Emas Muar, 2-4 Disember 2011  [Tarikh lawatan: 4 Disember 2011]. Produk menarik: Sabun Herba Al-Waqiah, pencicah keropok.
  9. Lawatan silaturahim ke MYHALAL SHOP - IMP Johor, Kota Tinggi  [Tarikh lawatan: 18 Disember 2011].
  10. Lawatan silaturahim ke R&Y SHOP, Taman Dahlia, Kota Tinggi  [Tarikh lawatan: 8 Jan 2012].
  11. Lawatan silaturahim ke FAMILY MUSLIM SHOP - pengedar barangan import Timur Tengah, Taman Dahlia, Pasir Gudang [Tarikh lawatan: 8 Jan 2012].
  12. Lawatan silaturahim ke Kak Nor Enterprise - pengedar Air Munira Johor, Taman Air Biru, Pasir Gudangi  [Tarikh lawatan: 8 Jan 2012].
  13. Lawatan silaturahim ke ZJ SHOP - aiskrim ZJ, Taman Scientex, Pasir Gudang [Tarikh lawatan: 8 Jan 2012].

Hasanah Muslim Shop
~Produk Muslim untuk Semua~

Sunday, 29 May 2011

Kini beroperasi

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Hasanah Muslim Shop KINI DIBUKA! 
1 Jun 2011 (Rabu) bersamaan 28 Jamadilakhir 1432.

Selamat datang ke Hasanah Muslim Shop! - En Mohammed, Pengurus Kedai

Alhamdulillah Hasanah Muslim Shop telah mula beroperasi lebih awal dari tarikh rasmi yang dirancang Jun 2011. Sepanjang tempoh percubaan, HMS mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua kaum dan menerima maklumbalas positif - memudahkan pengguna Muslim, konsep yang menarik, susunatur yang baik. Terima kasih di atas sokongan yang diberikan.

Pelanggan telah berkunjung sejak dibuka seminggu lepas.

Sebagai alternatif kepada kedai runcit sedia ada, HMS menyediakan pelbagai produk runcit dan herba (makanan kesihatan) disediakan yang menepati ciri bersih(halal), berkhasiat dan berkualiti.

Moto HMS -Produk Muslim untuk Semua, Muslim Products for All

Produk runcit, makanan herba kesihatan dan penjagaan diri.

Produk penjagaan kulit

Antara barang runcit Muslim, sudah banyak tau!

Produk sejuk beku berasaskan organik turut dijual bagi memenuhi tuntutan kesuntukan masa di kalangan ibu bapa bekerja dan dalam masa yang sama mengambil berat pemakanan keluarga.

Organik - Ayam Kampung & Daging

Segala jenis bebola: daging, ikan, ketam dan udang.

Ada getuk, donut, pai, karipap raja...rakyat jelata pun dah boleh makan.

Busana Hasanah
HMS menyediakan t-shirt panjang bagi muslimah beriadah namun menjaga syariat dan kekal sopan. Kami merupakan pengedar t-shirt muslimah Sumayya yang mempunyai rekabentuk terpilih dan berkualiti.




Husna - Telekung Solat Kanak-kanak adalah usaha HMS bagi menarik minat memupuk semangat dan menggalakkan di kalangan anak-anak kecil bersolat. HMS menyediakan Telekung Solat Husna dengan rekabentuk menggunakan kain kapas Jepun (Japanese Cotton) yang berkualiti.

HMS mengalu-alukan kedatangan tuan puan, saudara saudari yang ingin mencari pelbagai produk runcit dan makanan herba kesihatan keluaran Muslim.


Hasanah Muslim Shop
Taman Teratai, Johor

Tuesday, 29 March 2011

Hasanah Muslim Shop ~ HMS

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Ingin tahu lanjut mengenai Hasanah Muslim Shop?
Sila baca di bawah.

Apa Matlamat HMS?
Setiap rumah di Malaysia menggunakan produk Muslim. Produk Muslim pilihan SATU MALAYSIA.

Apa Visi HMS?
Sebagai peneraju atau pusat sehenti cemerlang dalam pemasaran produk Muslim di Malaysia.

Apa Misi HMS?
Meningkatkan pemasaran produk Muslim yang memenuhi ciri-ciri 3B - Bersih(halal), Berkualiti & Berkhasiat.

Samakongsi,
En. Mohammed
@HMS, Taman Teratai

Lokasi HMS


Marilah berkunjung ke Hasanah Muslim Shop (HMS)!


HMS berurusniaga di:

HASANAH MUSLIM SHOP(HMS)
No 48, Jalan Enau 15,
Taman Teratai,
81110 Kangkar Pulai,
Johor Darul Takzim.

Nota: Tapak pasar malam Taman Teratai, Sri Pulai.

Masa urusniaga:

Isnin hingga Khamis: 8.30am - 7pm
Jumaat:
Sabtu hingga Ahad  : 8am - 5pm

Moto & Logo HMS

Moto HMS

~ Produk Muslim untuk Semua ~
 ~ Muslim product for All ~

Logo HMS


Kami menjual produk Muslim yang disokong oleh IMP (Amalan Pengilangan Islam). Dijamin kebersihan penghasilan dan pengeluaran mengikut syariat.

Terjamin 3B - Bersih (halal)
               Berkualiti (baik)
                Berkhasiat (sihat)