Hasanah Muslim Shop KINI DIBUKA!
1 Jun 2011 (Rabu) bersamaan 28 Jamadilakhir 1432.
Selamat datang ke Hasanah Muslim Shop! - En Mohammed, Pengurus Kedai
Alhamdulillah Hasanah Muslim Shop telah mula beroperasi lebih awal dari tarikh rasmi yang dirancang Jun 2011. Sepanjang tempoh percubaan, HMS mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua kaum dan menerima maklumbalas positif - memudahkan pengguna Muslim, konsep yang menarik, susunatur yang baik. Terima kasih di atas sokongan yang diberikan.
Pelanggan telah berkunjung sejak dibuka seminggu lepas.
Sebagai alternatif kepada kedai runcit sedia ada, HMS menyediakan pelbagai produk runcit dan herba (makanan kesihatan) disediakan yang menepati ciri bersih(halal), berkhasiat dan berkualiti.
Moto HMS -Produk Muslim untuk Semua, Muslim Products for All
Produk runcit, makanan herba kesihatan dan penjagaan diri.
Produk penjagaan kulit
Antara barang runcit Muslim, sudah banyak tau!
Produk sejuk beku berasaskan organik turut dijual bagi memenuhi tuntutan kesuntukan masa di kalangan ibu bapa bekerja dan dalam masa yang sama mengambil berat pemakanan keluarga.
Organik - Ayam Kampung & Daging
Segala jenis bebola: daging, ikan, ketam dan udang.
Ada getuk, donut, pai, karipap raja...rakyat jelata pun dah boleh makan.
Busana Hasanah
HMS menyediakan t-shirt panjang bagi muslimah beriadah namun menjaga syariat dan kekal sopan. Kami merupakan pengedar t-shirt muslimah Sumayya yang mempunyai rekabentuk terpilih dan berkualiti.
Husna - Telekung Solat Kanak-kanak adalah usaha HMS bagi menarik minat memupuk semangat dan menggalakkan di kalangan anak-anak kecil bersolat. HMS menyediakan Telekung Solat Husna dengan rekabentuk menggunakan kain kapas Jepun (Japanese Cotton) yang berkualiti.
HMS mengalu-alukan kedatangan tuan puan, saudara saudari yang ingin mencari pelbagai produk runcit dan makanan herba kesihatan keluaran Muslim.
Hasanah Muslim Shop
Taman Teratai, Johor