KURMA YANG ADA DI HASANAH MUSLIM SHOP
KURMA AJWA (KECIL) , KURMA AMBAR
Antara kemestian yang dibeli semasa berkunjung ke Madinah adalah kurma..yang paling popularnya ialah kurma ajwa(Nabi)dan Ambar.Kurma ajwa kecil sahaja bentuknya dan agak kering isinya...tetapi harganya yg termahal antara semua kurma.Harga bergantung kepada gred dari SR 120 KE SR 60.Yang su beli(di dalam gambar) baru2 ni sewaktu berkunjung ke Madinah berharga SR 100 sekilo.Perlu berhati hati membeli kurma ini kerana kadangkala yg dijual bukan dari Madinah tetapi dari tempat lain .Di sini serba ringkas su ceritakan sikit tentang kurma yang cukup tinggi nilainya di pasaran(di malaysia su tak pasti berapa harganya).Kurma Ajwa (kurma Nabi) disebut di dalam hadith sebagai kurma pertama yg ditanam sendiri Nabi Muhammad s.a.w. Ia dikurniakan kelebihan oleh Allah S.W.T iaitu Sabda Rasulullah S.A.W. "Barang siapa yang makan pagi dengan tujuh butir kurma Ajwa,maka tak akan mencelakainya racun dan sihir dihari itu", (Hadis Riwayat Shahih Al-Bukhari)Su ada terbaca yang menyatakan antara sebab kurma ini dapat menjadi penawar kepada racun dan sihir kerana kandungan yg ada didalamnya serta kurma ini membawa keberkatan bagi yg memakannya disebabkan Rasulullah S.A.W. sendiri yg menanamnya,benih dari kurma ini telah bersentuhan dengan tangan baginda yang mulia.Oleh sebab itulah kurma ini boleh menangkis sihir.
Antara lain, Buah Kurma mengandungi khasiat yang tinggi yang menjadi makanan utama Baginda Rasullullah s.a.w. Ia kaya dengan zat besi, kalsium, protein, serat, gula, fostorus, sodium, potassium, vitamin A dan C.Saidina Ali r.a meriwayatkan barang siapa yang makan tujuh biji kurma setiap hari akan membunuh kuman dalam badannya. Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita terhindar daripada pelbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugas harian serta beribadat kepada Allah S.W.T. InsyaAllah.
Sabda Rasullullah s.a.w.
من تَصَبَّحَ كُلَّ يَوْمٍ سَبْعَ تَمَرَاتِ عَجْوَةٍ، لم يَضُرَّهُ في ذلك الْيَوْمِ سُمٌّ ولا سِحْرٌ.متفق عليه"Barang siapa yang setiap pagi hari makan tujuh biji buah kurma ajwa, niscaya pada hari itu ia tidak akan terganggu oleh racun atau sihir." (Muttafaqun 'alaih)